Penambahan dan Baik Pulih Bangunan Sedia Ada
+ Free ShippingKami Pihak Pentadbiran Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Lrg. Alif (MTALA) mewakili kesemua anak-anak tahfiz disini, sebagai tanda terhutang budi mendoakan *Seluruh Para Dermawan* yang tak pernah-pernah jemu membantu menyumbang wang ringgit kepada urusan Pembangunan dan Penaik tarafan pasarana Ma’ahad ini dengan doa “Semoga Allah menjadikan sumbangan yang telah dibuat oleh mereka sebagai (1) asbab pengampunan dosa-dosa dan (2)peninggian derajat didalam syurga disisi Allah dan (3)Allah jadikan ia sebagai jariah bagi diri mereka dan kedua ibu bapa mereka serta anak isteri mereka yang berkekalan sehingga kehari kiamat hendaknya,amin!amin!amin yaa Allah… Namun Kami masih lagi memerlukan sumbangan untuk melengkapkan binaan tambahan untuk Kelas Qiraat yang mana ianya berbaki RM67,142.00 (ENAM PULUH TUJUH RIBU SERATUS EMPAT PULUH DUA SAHAJA). atas maksud itu, kami amat-amat mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh muslimin muslimat bagi menjayakan keperluan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua,amiin…




